Saturday, November 14, 2009


Aku merenung ke luar bas.Fikiranku merawang.Tadi tatkala Naza menghantarku ke perhentian bas,kami berbual perihal cara mengisi masa di hujung minggu di borneo ini.Ternyata ia amat membosankan.Malah,ia menjadi antara punca orang nak meninggalkan pulau ini...

Wednesday, November 04, 2009


Rumah dah jadi futsal court

Saturday, October 24, 2009

Aku berbaring di masjid syakirin mengenang dan memuhasabah kehidupanku sendiri.Hidupku dipenuhi ujian yang tak putus.Cuma orang lain tak tahu.Aku merasa lemah setiap masa menghadapinya selama ini.Ia menimbulkan rasa kecewa dan putus asa.Aku perlu tabahkan hati!Aku tak boleh berputus asa!Selagi masih hidup,selagi itulah masih ada peluang untuk berusaha!

Tuesday, October 20, 2009

Kekuatan hati itu penting untuk menghadapi kehidupan hari ini. Kehidupan ini tidak akan sunyi dari ujian yang sering berbentuk kesusahan. Orang yang kita sangka bergembira mungkin sedang kusut dan berduka dengan masalah yang kita sendiri tidak sangka.

Orang yang tidak memiliki kekuatan hati akan kalah apabila bertembung dengan ujian dan dugaan hidup. Ada yang terjun ke dalam hiburan. Ada yang memabukkan diri dengan arak mahupun dadah. Ada yang membunuh diri. Semuanya dilakukan untuk lari dari ujian dan dugaan ini.

Dari mana datangnya kekuatan hati?

Kekuatan hati wujud dengan wujud apabila hati itu hidup. Bagaimana hati itu boleh hidup? Ada dua : Zikrullah dan Zikrul maut. Mengingati Allah dan mengingati mati. (ada hadith berbunyi seperti itu, cuma saya tak ingat matan dia).

Bila difikir-fikirkan, benar juga. Hati yang hidup akan tabah dan tenang menghadapi apa sahaja yang melanda di dalam kehidupan ini. Hati yang mati akan bertambah mati dengan bertambahnya ujian hidup.

Ingatilah Allah. Kuatkanlah dan dekatkanlah hubungan kita denganNya dengan selalu mengingatiNya.

Maka .... andaikata kita mendapati hidup ini penuh dengan masalah, barangkali hubungan dengan Ilahi mungkin jauh. Dekatilah Dia, kerana Dia sangat suka apabila hambaNya cuba dan berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Sunday, October 04, 2009


Aku memerhatikan remaja.Agak ramai.Mereka bermain bola dengan gembira di perkarangan parkir surau.Barangkali mereka bermain selepas asar.Kira-kira 40 minit sebelum maghrib,mereka bersurai.Tak perlu ditegur mahupun disergah,seperti di tempat lain.Aku pun masuk ke ruang solat.Tiba-tiba masuk seorang remaja lalu memasukkan wang ke dalam tabung.Aku agak kagum.Apa yang telah dibuat oleh penduduk di sini?

Saturday, September 26, 2009

"Jalan dakwah adalah jalan yang amat sukar. Ia dipenuhi duri-duri yang tajam. Jika anda dapati jalan dakwah anda itu mudah, barangkali anda melalui jalan yang salah!"

Kata-kata ini diulang-ulang semasa aku di sekolah, di universiti dan di alam pekerjaan ini. Dahulu ada sedikit-sedikit diuji dengan ujian-ujian kesusahan di jalan ini seperti masalah-masalah yang selalu ditemui ketika melaksanakan program-program umum dan sebaliknya. Aku menyangka itulah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Namun ia lebih dari itu...

Kini jalan yang aku pilih diuji dengan ujian yang amat dahsyat. Ia dirasai oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Barangkali Tuhan mahu melihat, siapa yang masih tetap di jalan ini, siapa yang tidak tahan lalu mengambil jalan mudah.

Aku memohon dari Tuhan agar aku dan teman-temanku diberi kekuatan di kala ini. Moga kita semua ditunjuki jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat!

Thursday, September 24, 2009

Hari raya dah masuk hari ke-4.

Aku menyambut hari pertama di rumah ibu bapaku.Semua adik-beradik ada,termasuk yang belajar medic tu.

Kemudian ke kampung ayah di TRG.Wah,kali ni aku dapati begìtu banyak kereta di TRG,sehingga traffic jam teruk di sana.Dah mula jadi macam Kelantan!

Raya ke-3 beramai-ramai sambut hari keluarga. Bapa saudara dan sepupu semua berkumpul tepi pantai.Bestnya!

Malam tu aku sekeluarga pulang. 5 jam driving TRG-TLOH. Singgah kat satu restoran yang sangat teruk servis dan juga makanan dekat Marang. Sabar je lah.